Saturday, February 15, 2014

TIP DAN TRICK MENCARI MAKLUMAT TEPAT DALAM GOOGLE

Salam, bro..... 

Pernahkah anda mencari sesuatu dengan menggunakan enjin pencarian google..?? saya pasti jawapan YA di kalangan pembaca adalah melebihi 80 %.Kadang-kadang pencarian yang di buat tidak menepati seperti yang di inginkan.

Oleh itu,saya akan kongsikan sedikit tips untuk memastikan carian pada enjin carian google menjadi lebih spesifik kepada apa yang sedang anda cari dengan memanfaatkan tanda ( " ).  

Mudah sahaja,cuba anda taip apa yang ingin anda cari pada kolum pencarian,dan tambahkan tanda " pada permulaan perkataan dan pengakhiran perkataan.Sebagai contoh adalah seperti di bawah :




Hasilnya,pencarian anda akan jadi lebih spesifik.  Google hanya akan memaparkan kandungan halaman yang betul-betul mengandungi apa yang anda cari seperti gambar di bawah :



Dah siap, senang tak??

Wednesday, February 12, 2014

PANDUAN MEMBUKA EMAIL FROG VLE

SILA IKUTI LANGKAH-LANGKAH DI BAWAH DENGAN TELITI.

1.    Taip alamat blog SMK St Theresa.---->>>  smksttheresa.blogspot.com

2.    Cari login seperti gambar di bawah.



3.    Masukan YES ID dan PASSWORD yang telah diberikan.
       ( sila berjumpa dengan Penyelaras Bestari sekiranya ID dan PASSWORD anda hilang )


4.    Tunggu sebentar sehingga Dashboard FROG VLE anda dipaparkan.

5.    Sila klik pada "Quick Launch" di taskbar atas kanan Dashboard FROG VLE anda.


6.    Paparan adalah seperti di bawah. Klik pada ikon "Email"


7.    Tunggu sebentar sehingga Email anda dipaparkan.



9.    Dah siap!!! Selamat Mencuba.

Wednesday, February 5, 2014

SEMAKAN STATUS UJIAN KOMPETENSI ICT GURU DAN PENTADBIR


MAKLUMAN SEMUA GURU..... 

ANDA BOLEH MENYEMAK KEPUTUSAN UJIAN KOMPETENSI ICT YANG TELAH ANDA JALANI PADA TAHUN LEPAS DENGAN KLIK PADA LAMAN WEB DI BAWAH..

http://apps.moe.gov.my/abpg/KompetensiICT/index.cfm

TERIMA KASIH....SELAMAT BERJAYA..

Monday, December 30, 2013

BENGKEL FROG VLE PELAJAR TINGKATAN 4 2014

TARIKH   :   29 Disember 2013
MASA      :    2.30 ptg - 4.30 ptg
TEMPAT  :    BILIK MEDIA DAN MAKMAL BIOLOGI

JURULATIH   :
1.   EN. MUHAMAD AMIN BIN ABDUL MAJID ( Peny. Bestari )
2.   PN. HASMAHANI BT ABU HASHIM    ( Peny. Frog VLE 1 )
3.   EN. GOBINATHAN A/L SUBRAMANIAM ( Peny. Frog VLE 2 )












         

Wednesday, November 27, 2013

Kajian Kurang Beban Guru Dibentang Pada Persidangan NBOS 20 Nov 2013

Wednesday, November 20, 2013

PANDUAN MENGISI MAKLUMAT MURID DALAM SPS

Berikut adalah langkah-langkah panduan untuk guru tingkatan memasukkan butiran pelajar dalam Sistem Pengurusan Sekolah.

1.   Klik pada pautan Sistem Pengurusan Sekolah.

2.   Masukkan Nama Pengguna dan Kata laluan masing-masing. Tekan butang " LOG MASUK".


3.   Laman dibawah akan terpapar. Klik pada "Pentadbir Sekolah".



4.   Laman dibawah akan terpapar. Lihat pada bahagian "Pengurusan Murid". Klik pada "Selenggara Maklumat Murid"



5.   Laman dibawah akan terpapar. Klik pada "Tambah Murid".



 6.   Masukkan maklumat murid.



7.   Masukkan kata laluan anda sekali lagi untuk pengesahan. Tekan butang "Simpan".




8.   Selesai. Ulang langkah yang sama untuk pelajar seterusnya...

9.   Selamat mencuba....

p/s : TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU SMKST YANG BERDEDIKASI DAN KOMITED DALAM KERJAYA SEORANG PENDIDIK...

Wednesday, October 23, 2013

KURSUS FROG VLE GURU

Tarikh    :    12, 22, 23 Oktober 2013
Tempat  :    Bilik Media
Anjuran :    Unit Bestari SMK St Theresa